Satu hari yang panas terik,seorang budak lelaki yang miskin yang hendak pergi ke sekolah dengan menaiki bas mini ( dulu warna merah jambu ). Di tangan budak lelaki ada sebuah bakul yang berisi karipap yang telah diamanahkan oleh emaknya untuk menjual di sekolah, hasil jualan karipap tersebut merupakan sumber kewangan emak untuk menyara kehidupan mereka berdua ( ayah budak laki MIA:missing in action ).
memandangkan karipap tersebut punca pendapatan emaknya,budak lelaki tersebut menjaganya dengan penuh hati2....
nak dijadikan cerita....ada seorang pakcik tua bersama dengan cucu berdiri sebelah budak lelaki oleh kerana bas yang penuh dengan penumpang..adapun cucu pakcik tersebut yang tak tahu apa2 belari2 keseronokan dalam keadaan bas yang sesak tiba2 terlangar bakul karipap budak lelaki itu..setelah karipap berteraburan dilantai bas,cucu pakcik tadi memijak2 pulak karipap budak lelaki itu..
budak lelaki tersebut merasa amat sedih melihat karipap tersebut kerana amanah emaknya dan punca pendapatan keluarganya..dengan rasa sedih budak lelaki tersebut cuba mendapatkan penjelasan dari pakcik tua tadi..
budak lelaki: pak cik kenapa tak dijaga cucu pakcik tu..
pakcik tua:biar je ar nak..cucu pakcik ni sedang gembira..
budak lelaki:kenapa pakcik??habis tu karipap saya ni sape nak bayar??
pakcik tua:begini nak...mak dah ayah cucu pakcik ni baru saja meninggal..cucu pakcik tanya pakcik mana mak dan ayah nya, pakcik jawab mak dan ayahnya pergi ke surga..tu yang cucu pakcik gembira sangat tu..
mendengar kata2 pakcik tadi budak lelaki itu tidak jadi nak marah malah dia turut bersimpati dengan lelaki tua tersebut terpaksa menipu cucunya.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Tik tok..tik tok...
Sedar tak sedar bulan Ramadhan hampir nak melabuhkan tirainya..sedar tak sedar Aidilfitri bakal menjelma...
Dikesempatan yang ada ini saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada kawan2 yang mungkin selama ini ada yang TERkata, TERguris hati, dan TER..TER..TER..yang tidak disengajakan...
Pada kawan2 yang akan pulang beraya.." hati2 dijalan raya" pesanan penaja yang dibawakan khas oleh lempeng mak limah....
Harapan setelah kembali selepas hari raya nanti...sama2 ar kita perjuangkan misi yang belum selesai...ayuh kita buktikan yang kita semua mampu lakukan yang terbaekk...
makan lemang makan rempeyek
Agnizerz memang yang terbaek
wassalam...
kisahnya bermula....
Dalam sebuah bilik yang teramat sejuk yang boleh mencecah dibawah paras beku menjadi tempat persembunyian yang amat sesuai bagi 10 orang penyamun yang diketuai oleh chif penyamun. Adapun chif ini seorang yang suka 'lost' pemikirannya tapi dia merupakan seorang chif yang baik dan bertanggungjawab kepada anak buahnya...
Hampir 12 purnama, 10 penyamun tadi mengumpul segala aset-aset hasil dari keringgat yang tidak mengira waktu dalam menjalankan kerja sebagai 'perompak dan penyamun' yang berdedikasi walaupun berbagai tomahan buruk yang dilemparkan kepada 10 penyamun seolah-olah mereka cemburu,dengki,iri hati dan kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya. Namun itu semua tidak mematahkan semangat 10 penyamun tadi untuk terus berjuang...
dipendekkan cerita...
Apabila 'karya agung' 10 Penyamun tadi telah sempurna dan telah pun mencapai SOP yang ditetapkan hasil dari kesabaran, keikhlasan, ketekunan dan susah payah selama ini berbaloi- baloi apabila terpancar senyuman yang indah seindah suria pagi pada setiap wajah-wajah 10 Penyamun walaupun muka- muka mereka bukanlah seorang yang fotogenik..
Hari rompakan....
Di sebuah pekan kecil yang tandus...ada seorang hartawan yang bernama Ali Baba yang sudah pun mempunyai gedung yang mewah bak Menara Burj Khalifa. Di satu hari, Ali Baba mendengar berita tentang 'karya agung' 10 Penyamun dan terdetik dihati Ali Baba pula untuk merompak dan mencuri 'karya Agung' tadi. Dengan perangcangan yang teliti dan tipu muslihat maka Ali baba pun mengatur stratigi untuk mendapatkannya dengan dibantu oleh seorang Apek yang menjahit kasut di pekan itu.
*selingan lagu *
Aiya Cik Siti perempuan manyak muda
Ana banyak susah jalan tutup mata
Wang dan ringgit ana ta la helan
Ente tutup mata ana tak tentu jalan
Marilah apek oi mari sayang
Ikutlah ana apek jangan bimbang
Mata tak nampak ana tunjukkan jalan
Kaki melangkah oi perlahan-lahan
Ana tak lak bimbang ana tak lak takut
Tapi ana jalan banyak sangkut-sangkut
Semua hitam lagi banyak gelap
Macam orang Habsyi negeri Arab
Oh Apek sayang oi jangan susah
Habis menjahit wang emas ana upah
Marilah jalan ente cepatlah cepat
Awas Pek longkang oi kaki melompat
Apek jaga depan ada longkang
Mana
Lompat
Haiyaa
Lompat
Haiyaa
Lompat apek lompat
Haiyaaaaaa.......
Setelah tamatnya lagu tadi, maka Ali Baba pun merompak 'karya agung' 10 Penyamun walaupun Ali baba sudah pun kaya dan sebagai gantinya Ali baba telah pun melupuskan asetnya yang seperti Menara Burj Khalifa tadi dan dengan rasa bangganya menjadikan hasil rompakan 'karya Agung' 10 Penyamun tadi sebagai aset tetap miliknya yang abadi walaupun pembelian aset tersebut tidak menggunakan OS 35000 ( rujuk pp bil 5/2004)
Berbalik kepada 10 Penyamun tadi, mereka semua dalam kerisauan,kegelisahan dan rasa tidak puas hati kerana karya yang dihasilkan selama ini dirompak dengan senangnya.Oleh yang demikian 10 Penyamun tadi terpaksa mengatur stratigi lain untuk mendapatkan hak cipta terpelihara, walaupun hari untuk pertandingan siapa paling terkenal bakal menjelma di pekan itu.
Tamat..
moral of the story:
1. 10 penyamun bukanlah penyamun yang hebat kerana Ali baba lagi hebat sebagai penyamun.
2. jangan percayakan apek yang menjahit kasut kerana dia walaupun nampak baik tapi penuh dengan muslihat.
3.rujuklah dengan harta intelek KPDNKK supaya hak cipta terpelihara.
hahahahaha..saje2 nak try tulis blog..jgn marah yea kawan2..selamat menbaca..
semua AGnizerZ masih berkampung dan pulun sakan untuk siapkan dokumentasi. Sasaran awal, 10 pagi dan nak cetak semuanya, tapi itulah, kita hanya mampu merancang.. masih ada pindaan saat-saat akhir. jam 5.30 petang, semua dah tak senang duduk. yelah biasanya jam 4.30 masing-masing dah beratur kat tempat punch kad nak balik.
Lagi 39 hari..................