Transformasi Pemangkin Inovasi

Showing posts with label Selingan. Show all posts
Showing posts with label Selingan. Show all posts

Berjuang hingga ke akhirnya..

pergh.. tajuk tak boleh blah..

al kisahnya 080811 adalah tarikh keramat untuk hantar dokumentasi KIK.

5 Ramadhan,
semua AGnizerZ masih berkampung dan pulun sakan untuk siapkan dokumentasi. Sasaran awal, 10 pagi dan nak cetak semuanya, tapi itulah, kita hanya mampu merancang.. masih ada pindaan saat-saat akhir. jam 5.30 petang, semua dah tak senang duduk. yelah biasanya jam 4.30 masing-masing dah beratur kat tempat punch kad nak balik. aku le tue.. akhirnya kata sepakat dicapai.. kita datang balik lepas berbuka.. last minute isi form OT, minta lampu, aircond bagai.. and.. Vicky stay jaga opis sampai yang lain datang balik.. Vicky, u are the best leader that we ever have..

malam tu datang la kami berkampung kat bilik meeting.
yang wanitanya masing-masing kelek anak. ada yang bawak isteri yang sarat mengandung, ada yang bawak hero dan jadi ayah yang sangat sporting sebab suruh anak main game kat pc ayah ayah nak buat keje daa.. itulah ragamnya.. pulun la kami semua malam tu.. mana layan anaknya.. mana susun dokumentasinya.. aduyai..

siaplah dokumentasinya jam 12.01 tengah malam. siap bergelap sekejap sebab maintainance dah padamkan lampu. jenuh ibu-ibu mengejar anak dalam gelap tu.

Alhamdulillah..  syukur.. setelah segala kesukaran kita hadapi bersama. inilah hasilnya..

senjata dan sedia, tinggal persediaan untuk ke medan perang. IPN.. jumpa disana 18 September nanti. kami datang dengan harapan.. moga pulang dengan kejayaan..

KIK

Salam semua...

Penuh ngan sawang nampaknye blog ni. Kemana pegi sume org???? Oh ye tak ye..sume org bz kebabom. Nak meet dateline 1.8.2011. Bagus bagus. Sy suke. Korang sume memang rajin. Full commitment. Salute.

Hahaha..smlm sy ngan Kak Zal pegi ke sebuah "Library" di presint 2 ni. Tujuan nak cari buku projek KIK kumpulan-kumpulan lain yang penah masuk konvensyen. So kat "Library" itewwww....kami telah dibantu oleh seorang Librarian yg mesra alam. Alhamdulillah bagus orgnye. "Puan ke tadi yg nak cari buku KIK? " tanya Librarian tu. So kami berdua mengiyakannya. Dia pun bawa pegi kat pc utk tunjukkan. Sambil tu dia explain la pasal KIK. Sy ngan Kak Zal mcm dh blur. Dlm hati masing2 mcm lain je budak ni citer. Takpe, tunggu je dia explain sampai habis. Tapi sambil tu kami sebenarnya masing2 menahan ketawa.

Nak tau kenapa??? Rupanya kami ibarat kucing cakap ngan ayam. Kucing meoww meoww meowww, ayam kok kok kok....Hahhahahha..Dia faham KIK itu Katalog Induk Kebangsaan. Kami pula maksudkan Kumpulan Inovatif dan Kreatif. Tapi untuk tidak menjatuhkan airmuka dia kami diamkan sahaja sehingga dia habis explain cara search buku menggunakan KIK versi dia. Sebaik je dia pergi apalagi, sy ngan Kak Zal lepaskan ketawa yang tertahan td tu....

Moral of the story sila bagi salam beserta mukadimah ye bila nak buat presentation nanti, jgn trus pancar je slide show kat konvensyen nnt...Anyway dpt juga satu ilmu baru tentang Katalog Induk Kebangsaan iaitu enjin carian buku-buku di perpustakaan seluruh Malaysia......