Transformasi Pemangkin Inovasi

kisah budak penjual karipap..

Satu hari yang panas terik,seorang budak lelaki yang miskin yang hendak pergi ke sekolah dengan menaiki bas mini ( dulu warna merah jambu ). Di tangan budak lelaki ada sebuah bakul yang berisi karipap yang telah diamanahkan oleh emaknya untuk menjual di sekolah, hasil jualan karipap tersebut merupakan sumber kewangan emak untuk menyara kehidupan mereka berdua ( ayah budak laki MIA:missing in action ).
memandangkan karipap tersebut punca pendapatan emaknya,budak lelaki tersebut menjaganya dengan penuh hati2....
nak dijadikan cerita....ada seorang pakcik tua bersama dengan cucu berdiri sebelah budak lelaki oleh kerana bas yang penuh dengan penumpang..adapun cucu pakcik tersebut yang tak tahu apa2 belari2 keseronokan dalam keadaan bas yang sesak tiba2 terlangar bakul karipap budak lelaki itu..setelah karipap berteraburan dilantai bas,cucu pakcik tadi memijak2 pulak karipap budak lelaki itu..
budak lelaki tersebut merasa amat sedih melihat karipap tersebut kerana amanah emaknya dan punca pendapatan keluarganya..dengan rasa sedih budak lelaki tersebut cuba mendapatkan penjelasan dari pakcik tua tadi..
budak lelaki: pak cik kenapa tak dijaga cucu pakcik tu..
pakcik tua:biar je ar nak..cucu pakcik ni sedang gembira..
budak lelaki:kenapa pakcik??habis tu karipap saya ni sape nak bayar??
pakcik tua:begini nak...mak dah ayah cucu pakcik ni baru saja meninggal..cucu pakcik tanya pakcik mana mak dan ayah nya, pakcik jawab mak dan ayahnya pergi ke surga..tu yang cucu pakcik gembira sangat tu..
mendengar kata2 pakcik tadi budak lelaki itu tidak jadi nak marah malah dia turut bersimpati dengan lelaki tua tersebut terpaksa menipu cucunya.

0 comments: