Transformasi Pemangkin Inovasi

kisah Ali Baba & 10 Penyamun

kisahnya bermula....

Dalam sebuah bilik yang teramat sejuk yang boleh mencecah dibawah paras beku menjadi tempat persembunyian yang amat sesuai bagi 10 orang penyamun yang diketuai oleh chif penyamun. Adapun chif ini seorang yang suka 'lost' pemikirannya tapi dia merupakan seorang chif yang baik dan bertanggungjawab kepada anak buahnya...

Hampir 12 purnama, 10 penyamun tadi mengumpul segala aset-aset hasil dari keringgat yang tidak mengira waktu dalam menjalankan kerja sebagai 'perompak dan penyamun' yang berdedikasi walaupun berbagai tomahan buruk yang dilemparkan kepada 10 penyamun seolah-olah mereka cemburu,dengki,iri hati dan kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya. Namun itu semua tidak mematahkan semangat 10 penyamun tadi untuk terus berjuang...

dipendekkan cerita...

Apabila 'karya agung' 10 Penyamun tadi telah sempurna dan telah pun mencapai SOP yang ditetapkan hasil dari kesabaran, keikhlasan, ketekunan dan susah payah selama ini berbaloi- baloi apabila terpancar senyuman yang indah seindah suria pagi pada setiap wajah-wajah 10 Penyamun walaupun muka- muka mereka bukanlah seorang yang fotogenik..

Hari rompakan....

Di sebuah pekan kecil yang tandus...ada seorang hartawan yang bernama Ali Baba yang sudah pun mempunyai gedung yang mewah bak Menara Burj Khalifa. Di satu hari, Ali Baba mendengar berita tentang 'karya agung' 10 Penyamun dan terdetik dihati Ali Baba pula untuk merompak dan mencuri 'karya Agung' tadi. Dengan perangcangan yang teliti dan tipu muslihat maka Ali baba pun mengatur stratigi untuk mendapatkannya dengan dibantu oleh seorang Apek yang menjahit kasut di pekan itu.
*selingan lagu *
Aiya Cik Siti perempuan manyak muda
Ana banyak susah jalan tutup mata
Wang dan ringgit ana ta la helan
Ente tutup mata ana tak tentu jalan

Marilah apek oi mari sayang
Ikutlah ana apek jangan bimbang
Mata tak nampak ana tunjukkan jalan
Kaki melangkah oi perlahan-lahan

Ana tak lak bimbang ana tak lak takut
Tapi ana jalan banyak sangkut-sangkut
Semua hitam lagi banyak gelap
Macam orang Habsyi negeri Arab

Oh Apek sayang oi jangan susah
Habis menjahit wang emas ana upah
Marilah jalan ente cepatlah cepat

Awas Pek longkang oi kaki melompat
Apek jaga depan ada longkang

Mana
Lompat
Haiyaa
Lompat
Haiyaa
Lompat apek lompat

Haiyaaaaaa.......

Setelah tamatnya lagu tadi, maka Ali Baba pun merompak 'karya agung' 10 Penyamun walaupun Ali baba sudah pun kaya dan sebagai gantinya Ali baba telah pun melupuskan asetnya yang seperti Menara Burj Khalifa tadi dan dengan rasa bangganya menjadikan hasil rompakan 'karya Agung' 10 Penyamun tadi sebagai aset tetap miliknya yang abadi walaupun pembelian aset tersebut tidak menggunakan OS 35000 ( rujuk pp bil 5/2004)

Berbalik kepada 10 Penyamun tadi, mereka semua dalam kerisauan,kegelisahan dan rasa tidak puas hati kerana karya yang dihasilkan selama ini dirompak dengan senangnya.Oleh yang demikian 10 Penyamun tadi terpaksa mengatur stratigi lain untuk mendapatkan hak cipta terpelihara, walaupun hari untuk pertandingan siapa paling terkenal bakal menjelma di pekan itu.

Tamat..

moral of the story:

1. 10 penyamun bukanlah penyamun yang hebat kerana Ali baba lagi hebat sebagai penyamun.
2. jangan percayakan apek yang menjahit kasut kerana dia walaupun nampak baik tapi penuh dengan muslihat.
3.rujuklah dengan harta intelek KPDNKK supaya hak cipta terpelihara.


hahahahaha..saje2 nak try tulis blog..jgn marah yea kawan2..selamat menbaca..








5 comments:

Mya Syazmaya said...

makan dalam kisah.. sama²lah hayati dan renungi

vikee said...

sepandai-pandai tupai melompatpun..akhirnya jatuh ke tanah juga....

Einz_Raenz said...

hoi...hoi..ya..hoi...mari kita gembira...hoi...hoi...ya...hoi...pulang bawak harta....emas berjuta..hoiiii..

ayousha said...

PENYAMUN2 SUME, MEH KITE SUMBAT ALIBABA NGAN APEK DALAM TEMPAYAN. PASTU LETAK MINYAK PANASSSSSZZZ.....

vaf said...

"malam ni kita kije OVERTIME!!!"..( kata sarjan pendek)hahahaha