Transformasi Pemangkin Inovasi

KIK

Salam semua...

Penuh ngan sawang nampaknye blog ni. Kemana pegi sume org???? Oh ye tak ye..sume org bz kebabom. Nak meet dateline 1.8.2011. Bagus bagus. Sy suke. Korang sume memang rajin. Full commitment. Salute.

Hahaha..smlm sy ngan Kak Zal pegi ke sebuah "Library" di presint 2 ni. Tujuan nak cari buku projek KIK kumpulan-kumpulan lain yang penah masuk konvensyen. So kat "Library" itewwww....kami telah dibantu oleh seorang Librarian yg mesra alam. Alhamdulillah bagus orgnye. "Puan ke tadi yg nak cari buku KIK? " tanya Librarian tu. So kami berdua mengiyakannya. Dia pun bawa pegi kat pc utk tunjukkan. Sambil tu dia explain la pasal KIK. Sy ngan Kak Zal mcm dh blur. Dlm hati masing2 mcm lain je budak ni citer. Takpe, tunggu je dia explain sampai habis. Tapi sambil tu kami sebenarnya masing2 menahan ketawa.

Nak tau kenapa??? Rupanya kami ibarat kucing cakap ngan ayam. Kucing meoww meoww meowww, ayam kok kok kok....Hahhahahha..Dia faham KIK itu Katalog Induk Kebangsaan. Kami pula maksudkan Kumpulan Inovatif dan Kreatif. Tapi untuk tidak menjatuhkan airmuka dia kami diamkan sahaja sehingga dia habis explain cara search buku menggunakan KIK versi dia. Sebaik je dia pergi apalagi, sy ngan Kak Zal lepaskan ketawa yang tertahan td tu....

Moral of the story sila bagi salam beserta mukadimah ye bila nak buat presentation nanti, jgn trus pancar je slide show kat konvensyen nnt...Anyway dpt juga satu ilmu baru tentang Katalog Induk Kebangsaan iaitu enjin carian buku-buku di perpustakaan seluruh Malaysia......